Selasa, 31 Julai 2012

Perjumpaan Pengundi Luar Kawasan

Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Kedah Sarina Ismail

Seri Kembangan : 30 Jun 2011 - Kira-kira 1000 orang menghadiri Perjumpaan Pengundi Luar Kawasan anjuran Jabatan Pilihanraya Kedah (JPN) di bawah urusan Pungundi Luar Kawasan (PLK). Perjumpaan sederhana tetapi meriah itu dihadiri oleh anak-anak Kedah yang tinggal berhampiran lokasi program dan masing-masing begitu teruja untuk bersua muka dengan pimpinan Kedah secara lebih dekat lagi.

Program yang diadakan di Stadium Tertutup MPSJ, Serdang Jaya itu berpeluang mendengar ucaptama dari Menteri Besar Kedah, YAB Dato'Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak, yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Kedah. Selain itu, Pengarah JPN, YB Senator Yusuf Husin turut menyampaikan ucapan aluan. Majlis berkenaan dipengerusikan oleh Setiausaha Perhubungan PAS Kedah, Ustaz Musaddaq Ahmad.

Jentera-jentera parti setiap peringkat juga berbesar hati menghadirkan diri memeriahkan lagi program berkenaan. Dewan Muslimat PAS Kedah juga tidak ketinggalan menyumbangkan tenaga untuk program tersebut.

Seramai 6 orang AJK Dewan Muslimat PAS Kedah telah bersama-sama bertugas melicinkan perjalanan program. Kepada yang terlibat, sekalung tahniah diucapkan.





0 ulasan:

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More