Oleh : SARINA ISMAIL KETUA PENERANGAN DMP KEDAH
Cacatan Seorang Pejuang Tanggal 28 April 2012, aku telah dipilih oleh Allah untuk bersama ribuan pencinta keadilan dalam perhimpunan Bersih3 di Kuala Lumpur. Aku terasa begitu teruja sekali kerana dalam Bersih1 dulu aku tidak dapat menyertainya kerana tidak mendapat keizinan arwah suamiku sementara Bersih2 pula, aku mempunyai tugas lain yang perlu aku laksanakan, oleh itu Bersih3 ini peluang bagiku untuk merasainya. Peringkat awal, aku sudah putus asa kerana hampir semua kenderaan yang ingin aku tumpang telah kehabisan tempat kosong, tapi akhirnya Allah memakbulkan harapanku, MTD Pengkalan Kundur telah menyediakan sebiji bas dan aku dipelawa bersama. Seawal 2.00 petang aku bersama beberapa sahabat telah berada dicelah ribuan pencinta keadilan turut mengambil bahagian Duduk dan Bantah Bersih3. Akuu lihat pelbagai lapisan umur, bangsa dan agama bersama-sama berpadu bersatu dengan satu tujuan menuntut satu pilihanraya yang bersih agar hala tuju politik negara dapat dibersihkan dari tangan pemimpin-pemimpin zalim. Turut tersentuh bila aku terpandang sepasang suami isteri yang berjalan sambil bertongkat bersama-sama tidak melepaskan peluang menyertainya. Sebagai journalist, aku sentiasa mencari posisi terbaik untuk aku abadikan kenangan-kenangan Bersih3 itu untuk dikongsi dengan orang lain. Tiba-tiba, aku terdengar suara memekik mengarahkan selamatkan kanak-kanak. Oleh kerana posisi aku tidak begitu jauh dengan barisan di hadapan, aku dapat melihat sendiri kepulan asap gas pemedih mata dilepaskan oleh anggota polis yang bagi aku tidak ubah seperti polis-polis Israel yang bertindak ganas terhadap penduduk Palastine. Seperti yang lain, aku turut menyelamat diri tetapi tanpa aku sedar aku telah terpisah dengan kawan-kawanku. Walau bagaimana pun rahmat Allah masih ada, salah seorang AJK Pemuda Kawasan Kuala Kedah rupanya masih ada disebelah aku dan secara tidak langsung sedikit sebanyak memberi semangat kepadaku di saat-saat genting seperti itu. Penangan gas pemedih mata, membuatkan aku terasa seperti hendak pengsan. Hampir seluruh badanku terasa lemah, dadaku menjadi pedih dan nafasku terasa sesak sementara kerongkongku menjadi kering. Ketika itu aku teringat kata-kata arwah suamiku ketika aku memohon kebenaran darinya untuk menyertai himpunan bersih1 dulu. Antara nasihatnya, dia mengingatkan aku, gas pemedih mata sangat bahaya untuk orang yang mengidap asma seperti aku. Memang benar, saat itu dadaku terasa sempit dan nafasku tercungap-cungap dan tiada lain yang kufikirkan, kalaulah tika ini Allah hendak mengambil nyawaku, aku pasrah kerana aku yakin mati aku tidak sia-sia. Sambil membayangi wajah anak-anakku, aku tidak lupa terus bertahmid, bertasbih dan berishtifar kehadrat Allah dan terus melangkah longlai menyelamatkan diri. Tiba-tiba aku dapat merasakan kelainan dalam diriku, kesakitan yang aku rasa kian hilang dan tenagaku semakin kuat dan bersemangat. Oh..Tuhan…rupanya Kau mahu hambaMu tidak lupa padaMu…mungkin ketika itu ramai yang bergantung kepada tuala basah dan garam untuk mengurangi kesakitan dan mungkin terlupa bahawa pertolongan dariMu melebihi segalanya. Seketika aku menjadi insaf dan aku berharap mereka yang lain tidak lupa memohon pertolonganNya ketika itu. Seketika aku dan sahabatku walau pun dalam keadaan masih lemah terus mencari sahabat-sahabat lain yang terpisah tadi. Dalam kekalutan itu, sekali lagi kami di tembak dengan gas pemedih mata dan sekali lagi aku terpaksa terus menyelamatkan diri walau pun kakiku terasa amat lemah sekali. Sekali lagi, aku bertarung dengan kesakitan walau pun sekejap tadi ianya hampir hilang tapi demi sebuah perjuangan aku gagahi dan aku pasrahkan nyawa dan badanku untukNya. Kami terus mencari sahabat-sahabat yang terpisah tadi. Atas pertolongan Allah, akhirnya kami berjumpa dan Alhamdullillah mereka selamat. Kami terus berjalan mencari tempat yang lebih selamat. Akhirnya kami berhenti rehat seketika dihadapan pasaraya Sogo. Sedang kami berehat, 2-3 orang sahabatku pergi ke kedai kasut berhampiran untuk membeli kasut kerana salah seorang dari mereka, kasutnya putus dan lekang. Tidak sampai 5 minit mereka pergi, tiba-tiba kereta polis yang lalu ditepi berhampiran aku diserang dengan botol-botol berisi air ( walau pun kurang pasti angkara siapa). Dalam beberapa saat, aku terdengar laungan mengarahkan semua orang lari kerana polis sedang mengejar dan menangkap peserta-peserta Bersih3. Aku masih kaget, kiri kanan aku tiada yang aku kenal, kawan-kawan masih di dalam kedai kasut. Seorang lelaki yang aku tidak kenali menengking dan mengarahkan aku lari menyelamatkan diri. Aku lihat orang-orang dibelakang aku berpusu-pusu lari dan demi mengelakkan perkara yang tidak diingini samada aku dirempuh atau ditangkap, aku terpaksa turut lari menyelamatkan diri. Dalam jarak yang agak munasabah aku berhenti dan mencari posisi yang agak selamat untuk menyembunyikan diri. Bila keadaan agak reda aku berpatah balik mencari kawan-kawanku. Alhamdulillah aku berjumpa mereka. Aku berfikir sejenak, apabila datang waktu genting aku tinggal keseorangan. Mungkin ini ujian Allah kepadaku, sebagai signal bahawa tempat yang paling tepat untuk bergantung tidak lain hanyalah kepadaNya. Aku tahu, ramai yang lain menerima ujian yang lebih hebat dari aku termasuk yang dibelasah hingga menumpahkan darah. Tetapi sesungguhnya setiap sesuatu kejadian itu, memberi makna kepada kita dan lebih mendekatkan diri kita terhadap Allah. Tetapi berapa ramai yang mengalah? Tiada siapa pun yang lahirkan rasa menyesal atau serik dari menyertainya. Setiap kali himpunan Bersih diadakan, mereka tetap datang walau pun mereka akur akan menerima tindakan-tindakan ganas dari pihak polis. Itulah hakikat perjuangan….semakin ditindas semakin berani..semakin banyak cabaran..semakin kuat…semakin difitnah semakin bersemangat. Cacatan : 5 pm ( 29 April 2012)
sumbangan banjir
9 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan