Memaparkan catatan dengan label Sana Sini. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sana Sini. Papar semua catatan

Ahad, 11 September 2011

SEKITAR RUMAH TERBUKA PAS KEDAH

Sabtu, 11 September 2011 - Rumah terbuka PAS Kedah berjaya menggamit ribuan pengunjung hadir menyertainya. Walau pun majlis dimulakan pada pukul 12 tengahari namun, perkarangan Kompleks PAS dibanjiri pengunjung seawal 10 pagi lagi.

Hampir seluruh pimpinan PAS negeri dan kawasan termasuk wakil-wakil rakyat, ahli parlimen hadir memeriahkan suasana.

Pesuruhjaya PAS Kedah, juga merupakan Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abd Razak, turut hadir bersama-sama. Beliau beramah mesra dengan pengunjung serta melawat gerai-gerai makanan. Di samping itu, ratusan kanak-kanak berpeluang bersalaman dan menerima duit raya dari beliau.

YB Ustazah Siti Ashah Ghazali yang juga merupakan ketua Dewan Muslimat PAS Kedah, bersama-sama saff kepimpinan DMPNK juga tidak melepaskan peluang beramah mesra dengan pengunjung dan melawat gerai-gerai makanan.

Antara menu yang disediakan, termasuklah, nasi gulai batang pisang, mee goreng, laksa,lemang, ketupat,sate, roti canai, rojak buah, tapai, bihun sup, ais kacang dan ais kerim.

Kedah Agro juga tidak ketinggalan menyediakan minuman jus mempelam untuk pengunjungg

Seklaung tahniah kepada yang terlibat menjayakan Rumah Terbuka PAS Kedah, semoga Allah membalas segala budi baik anda sekelian.














Sabtu, 20 Ogos 2011

WAJAH-WAJAH KALIAN..PERTAMA HATI KAMI...

Alor Setar. 18 Ogos 2011- Khamis : Sempena Ramadhan yang mulia, Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah, telah meluangkan masa sepetang bersama-sama kira-kira 40 orang anak-anak yati yang tinggal di DAYA, Kompleks PAS Negeri Kedah.

Seawalnya, mereka diberi tazkirah petang oleh ketua lujnah Tarbiyyah dan Kepimpinan, Ustazah Mekiah Shamsudin sebagai halwa telinga dan penambahan ilmu.

Kesempatan yang ada juga, Persatuan Isteri-Isteri Wakil Rakyat (PIKAT), turut memberi sumbangan berupa duit raya kepada anak-anak yatim tersebut.

Saf kepimpinan Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah juga turut bersama mereka berbuka puasa dengan sajian yang ditempah khas oleh pihak dewan sendiri.

Jelas terbayang keriangan di wajah mereka, walau pun telah kehilangan ayah atau ibu diusia yang muda...Semoga adik-adik semua dirahmati Allah dan menjadi anak-anak soleh/solehah..bangun sebagai tentera Allah pada suatu hari kelak...







Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More