Alor Setar. 18 Ogos 2011- Khamis : Sempena Ramadhan yang mulia, Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah, telah meluangkan masa sepetang bersama-sama kira-kira 40 orang anak-anak yati yang tinggal di DAYA, Kompleks PAS Negeri Kedah.
Seawalnya, mereka diberi tazkirah petang oleh ketua lujnah Tarbiyyah dan Kepimpinan, Ustazah Mekiah Shamsudin sebagai halwa telinga dan penambahan ilmu.
Kesempatan yang ada juga, Persatuan Isteri-Isteri Wakil Rakyat (PIKAT), turut memberi sumbangan berupa duit raya kepada anak-anak yatim tersebut.
Saf kepimpinan Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah juga turut bersama mereka berbuka puasa dengan sajian yang ditempah khas oleh pihak dewan sendiri.
Jelas terbayang keriangan di wajah mereka, walau pun telah kehilangan ayah atau ibu diusia yang muda...Semoga adik-adik semua dirahmati Allah dan menjadi anak-anak soleh/solehah..bangun sebagai tentera Allah pada suatu hari kelak...
sumbangan banjir
9 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan