Selasa, 31 Julai 2012

Dewan Muslimat Negeri Kedah Meraikan Amilin dan Anak-Anak Yatim

Ketua Penerangan DMP Kedah
Sarina Ismail

Pendang- 27 Julai 2012

Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah telah berbesar hati meraikan kira-kira 40 orang anak-anak yatim dari Rumah Anak-Anak Yatim Kompleks PAS Kedah ( DAYA) dan 60 orang amilin dari Dewan Muslimat PAS Kawasan-Kawasan. Mereka diraikan dalam majlis berbuka puasa yang diadakan di Pendang Lake Resort.

Majlis sederhana tetapi meriah itu, turut dihadiri oleh isteri Menteri Besar Kedah, Datin Seri DiRaja Faikah Hamzah dan ketua DMP Pusat, YB Zailah Yusuf.

Sempena majlis tersebut Datin Seri DiRaja, Faikah Hamzah yang juga merupakan pengerusi PIKAT telah berbesar hati menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim berkenaan.

Para amilin termasuk setiausaha DMP Kawasan-Kawasan juga tidak dilupakan. Sempena menyambut hari lebaran, mereka menerima sedikit sumbangan ikhlas dari DMP Kedah.

Semoga Allah merahmati usaha yang sedikit ini agar ianya menjadi pemangkin kepada kejayaan memartabatkan perjuangan Islam......





0 ulasan:

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More