Ahad, 23 September 2012

25 Tahun Muasasah Darul Ulum : Muslimat : Tetap kental dan Utuh


SARINA ISMAIL
KETUA PENERANGAN DMP KEDAH


POKOK SENA - 21 SEPTEMBER 2012



Sambutan 25 tahun Muasasah Darul Ulum, bukan sahaja mendekatkan masyarakat dengan Institusi Muasasah Darul Ulum tetapi ianya lebih kepada mengingati kembali sejarah rentetan bagaimana Muasasah itu sendiri menjadi milik PAS Kedah.

Bukan mudah untuk memiliki 48 relong tanah yang berharga RM665 ribu itu jatuh ke tangan PAS dan seterusnya menjadi milik PAS secara sah.

Pemimpin dan pendokong serta pecinta Islam ketika itu terpaksa membayarnya dengan nilai harga yang tinggi, bersama air mata, peluh, darah malah hatta nyawa demi mempertahankan tanah milik PAS atau lebih kepada mempertahankan maruah PAS sendiri dari dicalar oleh kerajaan BN Kedah ketika itu.

Pelbagai cara digunakan, kerajaan BN Kedah menggunakan sewenang-wenangnya jentera kerajaan seperti polis untuk menceroboh tanah berkenaan dan sekali gus menghalau PAS keluar dari tanah berkenaan.

Sejarah itu tidak seharusnya dijadikan arkib malah ianya mesti berputar dibenak pemikiran golongan muda agar mereka menghargai pengorbanan orang-orang terdahulu yang sanggup bergadai nyawa mempertahankannya agar ianya dapat dinikmati oleh generasi sekarang dan seterusnya.

Muslimat juga tidak ketinggalan berperanan ketika itu malah muslimat ketika itu sanggup bersama para muslimin berjaga setiap waktu agar tanah keramat itu tidak jatuh ke tangan kerajaan BN Kedah. Peranan muslimat begitu terserlah dan tercabar ketika para muslimin keluar meninggalkan muasasah untuk menunaikan solat Jumaat dan ketika itulah muslimat mengambil peranan sepenuhnya mempertahankannya dari diceroboh.

Jesturu itu Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah telah mengambil anisiatif mengadakan satu forum mengingati sejarah berkenaan dengan menampilkan 3 ahli panel yang mewakili Dewan Muslimat PAS Pokok Sena dan Padang Terap serta YB Ustaz Ahmad Izzat Shauki mewakili keluarga Al-marhum Ustaz Fadhil Nor, sebagai insan yang bertanggungjawab penuh di atas tanah muasasah berkenaan.

Pengalaman muslimat Pokok Sena dan Padang Terap dikongsi bersama kerana mereka merupakan yang terdekat dengan lokasi berkenaan dan antara mereka juga ada yang terlibat secara langsung dengan tragedi berkenaan.

Sekarang ini, Muasasah Darul Ulum megah berdiri bersama majunya komplek pendidikan yang terdiri dari Sekolah Menengah Islam Darul Ulum (SMIDU) dan Kolej Islam Darul Ulum (KIDU).

Bersama air mata, peluh dan darah ianya dibangunkan. Semoga semangat para pencinta Islam yang ada dilangan mereka telah meninggalkan kita terus bersemadi membakar semakain generasi kini dan seterusnya.










0 ulasan:

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More