Isnin, 7 Oktober 2013

Muslimat Kedah..menyanjung Ustaz Azizan...


OLEH : SARINA ISMAIL




ALOR SETAR - Dia ibarat ayah, malah setiap butiran nasihatnya amat berharga walau pun kadang kala terselit nada marah, namun ibarat sayangnya seorang ayah kepada anaknya, marah itu dianggap ' marah sayang'.

Muslimat Kedah khususnya amat terasa dengan pemergiaan Al-Marhum di sisi pencinta, kekasihnya. Sepanjang hayatnya, dia amat-amat menghargai muslimat. Baginya muslimat ibarat jantung PAS Kedah kerana muslimat merupakan jentera piliharaya terbaik di samping tidak pernah meminta apa-apa habuan walau pun Pakatan Rakyat meraih kejayaan menawan Kedah pada PRU ke 12 yang lalu.

Al-Marhum Ustaz Azizan Abdul Razak, tidak pernah menghampakan jemputan Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah (DMPNK) apabila inginkan beliau menyampaikan ucaptama atau pun merasmikan sesuatu program. Beliau akan berusaha datang, walau pun satu ketika dahulu beliau sedang dirawat dihospital, namun sempat mohon keluar sekejap semata-mata memenuhi hajat muslimat.

Begitu juga, Al-Marhum acap kali menyumbang seekor lembu apabila muslimat mengadakan program kerana beliau amat teruja dengan kehadiran yang mencecah hampir empat ribu orang apabila setiap kali program dibuat. Beliau menegur dan melahirkan rasa tidak bersetuju apabila suatu ketika, DMPNK mengarahkan muslimat kawasan membawa makanan sendiri sebagai langkah menjimat waktu dan wang.

" Lekeh sangat masa kita menang, kita suruh orang bawa makanan sendiri. Tak apa, lain kali bila buat program, saya bagi lembu. Masak nasi, jamu depa( mereka) makan.
Jangan suruh bawa makanan sendiri. Dah la susah payah mai program, makanan pun kena masak dan bawa sendiri," tegur beliau suatu ketika dulu.


Baginya muslimat seperti anak-anaknya, teguran baginya bererti sayang kerana beliau faham sumbangan muslimat pada kemenangan Kedah dahulu bukanlah sedikit.

Ketika Al-Marhum diuji Allah dengan sedikit kemelut dalaman dahulu, DMPNK sebulat suarat berdiri teguh dibelakangnya dan berusaha mempertahankannya dari serangan-
serangan yang tidak berasas serta memberi sokongan pada kepadanya.

Dalam apa jua hal, muslimat tidak pernah dilupakan. Janjinya pada muslimat, akan dikotakan samada cepat atau lambat. Pernah dahulu, menjelang PRU ke-12, secara tidak
sengaja beliau berjanji akan menaja AJK DMPNK ke Medan, Indonesia sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam PRU berkenaan. Walau pun asalnya janjinya bergurau, namun beliau cuba juga menepati janjinya dengan menggunakan duit poketnya sendiri.

" Ustaz tak pernah berkira dengan muslimat. Kalau kita (muslimat) minta sumbangan untuk program, beliau akan luluskan. Ustaz jarang sekali menghampakan permintaan
muslimat," luah ketua DMPNK, YB Dato' Ustazah Siti Ashah Ghazali.


Baginya, walau pun Al-Marhum nampak macam tegas tapi ketegasan itu bertujuan agar matlamat sesuautu perancangan itu mencapai matlamatnya. Beliau cukup terperinci dalam segala hal, lebih-lebih lagi yang melibatkan strategi piliharaya.

" Bagi saya, marah ni perkara biasa. Memang beliau akan marah kalau ada yang tak kena di matanya tapi ianya bukanlah bermakna beliau seorang diktator atau tidak mahu pendengar pandangan orang lain, cuma kita kena faham masa dan waktu yang sesuai.

" Kita kena bersangka baik. Dia bukan sahaja fikir satu perkara sahaja tapi sebagai Menteri Besar dulu, beliau kena fikir hal rakyat satu negeri Kedah. Tanggung jawabnya berat, jadi kalau sikit-sikit tu, tak perlulah ambil hati," kata Ashah.


Al-Marhum boleh dikatakan mengenali semua AJK DMPNK dan beliau kerap akan memulakan teguran dahulu apabila bertembung dengan mereka. Walau pun ketika menjalani
pembedahan mata, beliau masih dapat mengenali AJK DMPNK hanya dengan pengenalan suara. Perkataan ' hampa" atau " hang' yang selalu beliau tujukan kepada AJK DMPNK,
menunjukkan betapa rapatnya muslimat dihatinya dan dengan panggilan seumpama itu muslimat merasakan eratnya hubungan ustaz dengan mereka.

Pengikhtirafan beliau kepada muslimat, sangatlah tinggi, sehinggakan beliau melantik YB Dato' Ustazah Siti Ashah sebagai salah seorang exco kerajaan negeri Kedah pada
kemenangan lalu walau pun pada dasarnya beliau boleh melantik orang lain yang lebih berpengalaman menjadi wakil rakyat sebelum itu.

Muslimat merasakan, pemergiaan beliau seperti hilangnya sebutir mutiara yang sangat berharga. Kehilanganya bukan sahaja dirasakan oleh muslimat, malah rakyat Kedah amnya tidak mengira lapisan umur dan batasan agama serta bangsa. Perginya membawa ilmu di dadanya yang begitu berharga bersemadi bersamanya.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya bersama roh-roh para syudaha pembela agama. Beliau tetap dalam ingatan muslimat kerana perginya tiada ganti dan sukar dicari ganti.




Sudah ditakdirkan kau pergi dulu......
Disaat kau masih diperlukan.....
Tuhan lebih menyayangi dirimu.....
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa.....

Ya Allah...tempatnya..ditempat yang mulia
Tempat yang dikau...janjikan nikmat untuk hambaMu...
Pemimpinku...akan kuteruskan perjuangan ini....
Walauku tahu kau tiada disisi.....

Muktamar Dewan Muslimat PAS Kedah Kali ke 44.....menggamit anjakan perjuangan......



OLEH : SARINA ISMAIL


KOTA SARANG SEMUT -Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Negeri Kedah kali ke 44 yang diadakan pada 5 Okt lalu menyaksikan tiga jawatan tertinggi tidak dipertandingkan.

YB Dato' Ustazah siti Ashah kekal menerajui Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah untuk sesi 2013/2015 dan Dr Rohani Abdul Mutalib kekal untuk jawatan Timbalan Ketua. Walau bagaimana pun jawatan Naib Ketua telah bertukar dari penyandang dahulu Datin Norlia Abdul kepada Ustazah
Fatimah Wan Teh.


Begitu juga dengan jawatan Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Pemeriksa Kira-kira 1 dan 2 juga menang tanpa bertanding dan menyaksikan penyandang dahulu dikekalkan untuk satu sesi lagi.

Sementara itu Ahli Jawatan Kuasa yang terpilih pada muktamar berkenaan, termasuklah, Datin Dr Rahimah Sahit, Ustazah Mekiah Shamsuddin,Cik Aisyah Don, Puan Sariah Salam, Puan Jamaliah Omar, Puan Sarina Ismail, Puan Zulinda Khamis, Puan Zailah Zakaria, Datin Ranimah Salamon dan Puan Zakiah Baharom.

Seramai 137 orang terdiri dari perwakilan dari 15 kawasan dan saff kepimpinan Dewan Muslimat Negeri, layak mengundi pada hari berkenaan.

Majlis Perasmian Muktamar tersebut menjadi hening seketika dan diselubungi pilu apabila Montaj Khas memperingatan Al-Marhum Ustaz Azizan Abdul Razak dimainkan. Para perwakilan serta pemerhati tidak dapat menahan sebak dengan kehilangannya kerana beliau merupakan seorang pemimpin yang sangat perihatin kepada muslimat.

Selain itu Montaj Jasamu Dikenang juga ditayangkan untuk memperingati Allahyarhamah Cik Tah Bakar, AJK Dewan Muslimat Negeri Kedah yang telah kembali ke rahmatullah sejurus selepas PRU ke-13 yang lalu. Dewan Muslimat Negeri berbesar hati menganugerahkan Anugerah Khas kepada keluarga beliau sebagai mengingati jasanya terhadap Dewan Muslimat.


Dalam ucapan aluan Ketua Dewan Muslimat PAS Kedah, YB Dato' Ustazah Siti Ashah, beliau mengajak semua muslimat jadikan muktamar ini sebagai satu medan bermuhasabah terutama untuk mengatur strategi mendekati pengundi. Muslimat juga disarankan bersatu hati dalam membina ukhuwah dan hindarkan perkara yang boleh membawa perpecahan yang akhirnya merugikan jemaah.

Katanya lagi, apabila Allah beri kita kemenangan, kadang-kadang kita terlupa dan lalai. Sifat-sifat mazmumah yang sebelum itu tidak ujud tetapi mula berakar disanubari, dengki mendengki serta menyalahkan satu sama lain. Allah menangguhkan kemenangan pada pilihanraya yang lalu agar kita bermuhasabah melihat segala kesilapan yang pernah dilakukan.

Jesteru itu beliau mengajak muslimat bersatu membina muslimat yang berwibawa, terus berjuang tanpa mengenal erti kalah. DUN Sungai Limau perlu dipertahankan. Muslimat mesti mempastikan ianya tidak jatuh ke tangan Barisan Nasional kerana pengundi wanita di Dun berkenaan melebihi dari pengundi lelaki.Oleh itu menjadi tanggung jawab yang besar kepada muslimat untuk mempastikan golongan wanita terus mengundi Pakatan Rakyat.

Majlis tersebut dirasmikan oleh PesuruhJaya PAS Kedah, YB Dato Mahfuz Omar, sementara Puan Hjh Aida Yusuf Rawa mewakili Dewan Muslimat PAS Pusat. Kira-kira 500 orang termasuk perwakilan dan pemerhati hadir dalam majlis berkenaan.








Rabu, 17 April 2013

Ketua Dewan Muslimat Negeri Kedah..Calon N33 Merbau Pulas


Oleh : Ketua Penerangan DMPNK
Sarina Ismail


Kota Sarang Semut : 17 April 2013.





Ketua DMP Negeri Kedah, Dato'Ustazah Siti Ashah Hj Ghazali dicalonkan sekali lagi untuk kerusi N33 Merbau Pulas Pilihanraya
Umum yang ke 13 kali ini.

Beliau yang ditemui sejurus selesai menghadiri majlis 'Bai'ah' di kalangan calon PAS PRU ke 13 melahirkan syukur kepada Allah dan bertekad akan meneruskan aktiviti kebajikan kepada rakyat seperti mana yang telah dilakukan di masa yang lalu.

"Sekiranya saya dipilih sekali lagi oleh rakyat sebagai wakil rakyat untuk N33 Merbau Pulas, aktiviti kebajikan yang telah dilaksanakan akan diteruskan malah kemungkinan akan ditambah dari semasa ke semasa,"kata beliau.

Bercakap berkenaan cabaran, katanya PRU ke 13 ini merupakan piliharaya yang paling sengit kerana Barisan Nasional akan berusaha mendapatkan kembali Kedah di samping mempertahankan Putra Jaya. Maka dengan itu keselamatan perlulah dititik beratkan kerana tidak mustahil pihak lawan akan cuba menimbulkan pelbagai kekacauan atau pun insiden yang boleh mengancam keselamatan calon atau pun perjalanan piliharaya itu sendiri.

UMNO, katanya sanggup melakukan serangan yang dianggap begitu mengaibakan, lebih-lebih lagi sanggup menerbitkan video lucah/sek yang secara terang-terangan bertujuan memfitnah individu-individu tertentu.

"Saya sebagai seorang wanita merasakan ianya amat jijik dan memalukan kerana tanpa segan silu mereka sanggup menerbitkan video sedemikian rupa yang boleh merosakkan pemikiran masyarakat, lebih-lebih lagi golongan muda.

"Mereka berhujjah tidak menggunakan fakta tetapi menggunakan fitnah yang kotor dan mengaibkan, tidak bermoral dan tersasar dari akhlak dan landasan islam," tambahnya lagi.

Beliau yang sudah berpengalaman lima tahun sebagai wakil rakyat dan telah diberi amanah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengharapkan agar kemenangan Pakatan Rakyat dipertahankan di samping berusaha menawan Putra Jaya. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada petugas-petugas piliharaya yang begitu gigih melaksanakan tanggungjawab kira waktu serta sanggup berkorban demi kemenangan Islam.

"Semoga usaha mereka itu diberkati Allah dan menjadi amalan soleh disisiNya," katanya mengakhiri temubual.

Dato'Ustazah Siti Ashah Ghazali yang kini berusia 51 tahun, dahulunya pernah berkhidmat sebagai seorang guru dan kemudiannya berhenti untuk memberi komitmen sepenuhnya kepada rumahtangga dan parti sebelum beliau berkhidmat sebagai wakil rakyat N33 Merbau Pulas setelah memenangi kerusi berkenaan pada piliharaya ke-12 lalu. Sudah berkahwin dan mempunyai lapan orang anak.

Semoga beliau berjaya mempertahankan kemenangan N33 Merbau Pulas dan seterusnya terus berkhidmat untuk rakyat dengan sebaiknya.
Seluruh muslimat negeri kedah terus memberi sokongan pada kepada beliau.

Takbir..!!.

Sabtu, 2 Februari 2013

Agenda Wanita Malaysia...Merentasi Keperluan Wanita...

Oleh : Ketua Penerangan DMP Negeri Kedah
Sarina Ismail


Jumaat: 1 Februari 2013 - Penyingkap satu lembaran sejarah, ketika PRU ke-13 hampir menjelang, Wanita Pakatan Rakyat Pusat menkancarkan "Agenda Wanita Malaysia" ke seluruh negeri dan zon di Malaysia.

Pada tanggal hari penuh berkat, Jumaat, 1 Februari 2013, bertempat di Kompleks PAS Kedah, Pakatan Rakyat Kedah dan Perlis mengorak langkah menyusun strategi untuk menawan hati pengundi-pengundi wanita di Malaysia yang sekian lama di nafikan hak sewajarnya oleh kerajaan Barisan Nasional.

Isi kandungan Agenda Wanita Malaysia itu sendiri menawarkan kebajikan kepada kaum wanita seperti caruman KWSP sehingga RM600 oleh kerajaan dan sebanyak RM120 dari para suami yang tidak pernah diagendakan oleh Barisan Nasional sejak mereka memerintah Malaysia.

Wanita merupakan sebahagian aset pembangunan negara dan wanita juga adalah sumber lahirkan para cendiakawan pelbagai bidang yang mewacanakan kejayaan negara kita Malaysia. Sewajarnya wanita diberi perhatian terutama dari segi kebajikan mereka. Carumah KWSP kepada wanita-wanita yang tidak bekerja itu, sekurang-kurangnya boleh membantu mereka sekiranya mereka kehilangan tempat bergantung, kematian suami atau lain-lain musibah yang menyebabkan mereka terpaksa menanggung sara hidup keluarga.

Majlis yang berprestif itu dirasmikan oleh YAB Dato'Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak. Selain itu hadirin juga berpeluang mendengar ucapan dari ketua DMP Pusat, ketua wanita Keadilan Malaysia, ketua wanita DAP Malaysia, ketua DMP negeri kedah dan Perlis, ketua wanita Keadilan Kedah dan Perlis serta ketua wanita DAP Kedah.

Majlis dimulakan dengan perarakan masuk ketiga-tiga pimpinan wanita Pakatan Rakyat peringkat pusat dan negeri Kedah/Perlis. Mereka diiringi seramai 30 orang pembawa panji-panji yang mewakili ketiga-tiga parti, PAS, PKR dan DAP.

Kira-kira 1000 hadirin dikalangan muslimat PAS, wanita Keadilan dan wanita DAP hadir dimajlis berkenaan. Lagu rasmi PAS, PKR dan DAP berkumandang sejurus sahaja program dimulakan untuk menaikkan semangat semua yang hadir.

Majlis dipengerusikan oleh Ketua Penerangan DMP Negeri Kedah, Sarina Ismail dan Wanita Keadilan Kedah, Puan Wanni.

HIDUP..HIDUP..HIDUP ISLAM..
HANCUR..HANCUR..HANCUR BN...
KALAH..KALAH..KALAH BN..

JAHANAM..JAHANAM..JAHANAM KEZALIMAN..

REFORMASI! REFORMASI ! REFORMASI !
UBAH ! UBAH ! UBAH !

ALLAHUKAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!


Berikut antara kenangan yang sempat dirakamkan oleh lensa Penerangan Muslimat PAS Kedah.
























Selasa, 15 Januari 2013

HKR #KL112 - Memori Indah Buat Pejuang-Pejuang Kebenaran & Keadilan

Oleh : Ketua Penerangan DMPNK
Sarina Ismail




HKR #KL112 menggamit ratusan ribu pencinta keadilan tidak mengira batasan umur, bangsa, agama, warna kulit, kaya , miskin, berpangkat mahu pun rakyat marhein. Berduyun-duyun sanggup hadir walau pun dihati masing-masing masih terigau dengan layanan pihak polis semasa Himpunan Bersih 3.0 yang lalu, sungguh pun ada jaminan dari Ketua Polis sendiri.Mungkin kerana pasukan keselamatan sering dijadikan badut upahan murahan UMNO/BN yang kita kira bukanlah hati mereka sebenar untuk bertindak ganas kepada orang ramai namun atas desakan dan mungkin ugatan mereka terpaksa lakukan.

Aku dan semua, termasuk sahabat-sahabat seperjuangan, para muslimat seluruh Negeri Kedah bermula dari pimpinan negeri hinggalah ke cawangan tidak terkecuali untuk bersama-sama mengabadikan detik bersejarah, himpunan penyokong Pakatan Rakyat di Stadium yang pernah melaungkan kata-kata keramat "merdeka..merdeka.."kira-kira 56 tahun yang lalu.

Bagaikan terasa kemenangan semakin hampir, apakah ianya akan menjadi kenyataan, Pakatan Rakyat boleh menawan Putra Jaya dan seterusnya menjadi detik bersejarah tumbangkan regim UMNO/BN? Semangat yang dilahirkan oleh wakil-wakil NGO yang berucap, disamping ucapan pimpinan-pimpinan utama Pakatan Rakyat, selain sambutan riuh bersemangat dari yang hadir, adakah ianya petanda Pilihanraya ke-13 akan mencacat sejarah?

Gembira, terharu dan sedih bercampur baur. Dalam keriuhan pekikan semangat anak-anak muda dan keutuhan kejituan orang-orang tua, bagai terhiris hati, adakah ianya menjadi kenyataan andainya semangat jitu itu tidak dilahirkan dalam gerakerja yang tersusun, kemas dan rapi.

Jangan jadikan himpunan ratusan ribuan itu hanya sebagai pemangkin kepada sokongan tetapi untuk menjadi petugas gerakerja pilihanraya, masing-masing sepi dan tidak sanggup untuk bersama dengan pelbagai alasan..bla..bla..bla..bla..

walau bagaimana pun, aku akui setengah yang hadir di perhimpunan itu adalah para pimpinan dan aktivis parti diperingkat negeri, kawasan dan cawangan masing-masing dan selebihnya penyokong setia Pakatan Rakyat.

Semoga pencarian selama hampir 13 kali pilihanraya..dimakbulkan Allah..dan pastinya keadilan dapat ditegakkan..bersama semangat jitu para pejuang, pendokong dan penyokong. Semoga Allah merahmati usaha kita dan menjadikan setiap langkah kita ke sana bersama keringat dibawah panas mentari yang terik, dikira sebagai amalan soleh.

Bersama ini dititipkan beberapa kenangan yang sempat kuabadikan....




















Ahad, 23 September 2012

25 Tahun Muasasah Darul Ulum : Muslimat : Tetap kental dan Utuh


SARINA ISMAIL
KETUA PENERANGAN DMP KEDAH


POKOK SENA - 21 SEPTEMBER 2012



Sambutan 25 tahun Muasasah Darul Ulum, bukan sahaja mendekatkan masyarakat dengan Institusi Muasasah Darul Ulum tetapi ianya lebih kepada mengingati kembali sejarah rentetan bagaimana Muasasah itu sendiri menjadi milik PAS Kedah.

Bukan mudah untuk memiliki 48 relong tanah yang berharga RM665 ribu itu jatuh ke tangan PAS dan seterusnya menjadi milik PAS secara sah.

Pemimpin dan pendokong serta pecinta Islam ketika itu terpaksa membayarnya dengan nilai harga yang tinggi, bersama air mata, peluh, darah malah hatta nyawa demi mempertahankan tanah milik PAS atau lebih kepada mempertahankan maruah PAS sendiri dari dicalar oleh kerajaan BN Kedah ketika itu.

Pelbagai cara digunakan, kerajaan BN Kedah menggunakan sewenang-wenangnya jentera kerajaan seperti polis untuk menceroboh tanah berkenaan dan sekali gus menghalau PAS keluar dari tanah berkenaan.

Sejarah itu tidak seharusnya dijadikan arkib malah ianya mesti berputar dibenak pemikiran golongan muda agar mereka menghargai pengorbanan orang-orang terdahulu yang sanggup bergadai nyawa mempertahankannya agar ianya dapat dinikmati oleh generasi sekarang dan seterusnya.

Muslimat juga tidak ketinggalan berperanan ketika itu malah muslimat ketika itu sanggup bersama para muslimin berjaga setiap waktu agar tanah keramat itu tidak jatuh ke tangan kerajaan BN Kedah. Peranan muslimat begitu terserlah dan tercabar ketika para muslimin keluar meninggalkan muasasah untuk menunaikan solat Jumaat dan ketika itulah muslimat mengambil peranan sepenuhnya mempertahankannya dari diceroboh.

Jesturu itu Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah telah mengambil anisiatif mengadakan satu forum mengingati sejarah berkenaan dengan menampilkan 3 ahli panel yang mewakili Dewan Muslimat PAS Pokok Sena dan Padang Terap serta YB Ustaz Ahmad Izzat Shauki mewakili keluarga Al-marhum Ustaz Fadhil Nor, sebagai insan yang bertanggungjawab penuh di atas tanah muasasah berkenaan.

Pengalaman muslimat Pokok Sena dan Padang Terap dikongsi bersama kerana mereka merupakan yang terdekat dengan lokasi berkenaan dan antara mereka juga ada yang terlibat secara langsung dengan tragedi berkenaan.

Sekarang ini, Muasasah Darul Ulum megah berdiri bersama majunya komplek pendidikan yang terdiri dari Sekolah Menengah Islam Darul Ulum (SMIDU) dan Kolej Islam Darul Ulum (KIDU).

Bersama air mata, peluh dan darah ianya dibangunkan. Semoga semangat para pencinta Islam yang ada dilangan mereka telah meninggalkan kita terus bersemadi membakar semakain generasi kini dan seterusnya.










Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More