Selasa, 15 Januari 2013

HKR #KL112 - Memori Indah Buat Pejuang-Pejuang Kebenaran & Keadilan

Oleh : Ketua Penerangan DMPNK
Sarina Ismail




HKR #KL112 menggamit ratusan ribu pencinta keadilan tidak mengira batasan umur, bangsa, agama, warna kulit, kaya , miskin, berpangkat mahu pun rakyat marhein. Berduyun-duyun sanggup hadir walau pun dihati masing-masing masih terigau dengan layanan pihak polis semasa Himpunan Bersih 3.0 yang lalu, sungguh pun ada jaminan dari Ketua Polis sendiri.Mungkin kerana pasukan keselamatan sering dijadikan badut upahan murahan UMNO/BN yang kita kira bukanlah hati mereka sebenar untuk bertindak ganas kepada orang ramai namun atas desakan dan mungkin ugatan mereka terpaksa lakukan.

Aku dan semua, termasuk sahabat-sahabat seperjuangan, para muslimat seluruh Negeri Kedah bermula dari pimpinan negeri hinggalah ke cawangan tidak terkecuali untuk bersama-sama mengabadikan detik bersejarah, himpunan penyokong Pakatan Rakyat di Stadium yang pernah melaungkan kata-kata keramat "merdeka..merdeka.."kira-kira 56 tahun yang lalu.

Bagaikan terasa kemenangan semakin hampir, apakah ianya akan menjadi kenyataan, Pakatan Rakyat boleh menawan Putra Jaya dan seterusnya menjadi detik bersejarah tumbangkan regim UMNO/BN? Semangat yang dilahirkan oleh wakil-wakil NGO yang berucap, disamping ucapan pimpinan-pimpinan utama Pakatan Rakyat, selain sambutan riuh bersemangat dari yang hadir, adakah ianya petanda Pilihanraya ke-13 akan mencacat sejarah?

Gembira, terharu dan sedih bercampur baur. Dalam keriuhan pekikan semangat anak-anak muda dan keutuhan kejituan orang-orang tua, bagai terhiris hati, adakah ianya menjadi kenyataan andainya semangat jitu itu tidak dilahirkan dalam gerakerja yang tersusun, kemas dan rapi.

Jangan jadikan himpunan ratusan ribuan itu hanya sebagai pemangkin kepada sokongan tetapi untuk menjadi petugas gerakerja pilihanraya, masing-masing sepi dan tidak sanggup untuk bersama dengan pelbagai alasan..bla..bla..bla..bla..

walau bagaimana pun, aku akui setengah yang hadir di perhimpunan itu adalah para pimpinan dan aktivis parti diperingkat negeri, kawasan dan cawangan masing-masing dan selebihnya penyokong setia Pakatan Rakyat.

Semoga pencarian selama hampir 13 kali pilihanraya..dimakbulkan Allah..dan pastinya keadilan dapat ditegakkan..bersama semangat jitu para pejuang, pendokong dan penyokong. Semoga Allah merahmati usaha kita dan menjadikan setiap langkah kita ke sana bersama keringat dibawah panas mentari yang terik, dikira sebagai amalan soleh.

Bersama ini dititipkan beberapa kenangan yang sempat kuabadikan....




















0 ulasan:

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More