Rabu, 17 April 2013

Ketua Dewan Muslimat Negeri Kedah..Calon N33 Merbau Pulas


Oleh : Ketua Penerangan DMPNK
Sarina Ismail


Kota Sarang Semut : 17 April 2013.





Ketua DMP Negeri Kedah, Dato'Ustazah Siti Ashah Hj Ghazali dicalonkan sekali lagi untuk kerusi N33 Merbau Pulas Pilihanraya
Umum yang ke 13 kali ini.

Beliau yang ditemui sejurus selesai menghadiri majlis 'Bai'ah' di kalangan calon PAS PRU ke 13 melahirkan syukur kepada Allah dan bertekad akan meneruskan aktiviti kebajikan kepada rakyat seperti mana yang telah dilakukan di masa yang lalu.

"Sekiranya saya dipilih sekali lagi oleh rakyat sebagai wakil rakyat untuk N33 Merbau Pulas, aktiviti kebajikan yang telah dilaksanakan akan diteruskan malah kemungkinan akan ditambah dari semasa ke semasa,"kata beliau.

Bercakap berkenaan cabaran, katanya PRU ke 13 ini merupakan piliharaya yang paling sengit kerana Barisan Nasional akan berusaha mendapatkan kembali Kedah di samping mempertahankan Putra Jaya. Maka dengan itu keselamatan perlulah dititik beratkan kerana tidak mustahil pihak lawan akan cuba menimbulkan pelbagai kekacauan atau pun insiden yang boleh mengancam keselamatan calon atau pun perjalanan piliharaya itu sendiri.

UMNO, katanya sanggup melakukan serangan yang dianggap begitu mengaibakan, lebih-lebih lagi sanggup menerbitkan video lucah/sek yang secara terang-terangan bertujuan memfitnah individu-individu tertentu.

"Saya sebagai seorang wanita merasakan ianya amat jijik dan memalukan kerana tanpa segan silu mereka sanggup menerbitkan video sedemikian rupa yang boleh merosakkan pemikiran masyarakat, lebih-lebih lagi golongan muda.

"Mereka berhujjah tidak menggunakan fakta tetapi menggunakan fitnah yang kotor dan mengaibkan, tidak bermoral dan tersasar dari akhlak dan landasan islam," tambahnya lagi.

Beliau yang sudah berpengalaman lima tahun sebagai wakil rakyat dan telah diberi amanah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengharapkan agar kemenangan Pakatan Rakyat dipertahankan di samping berusaha menawan Putra Jaya. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada petugas-petugas piliharaya yang begitu gigih melaksanakan tanggungjawab kira waktu serta sanggup berkorban demi kemenangan Islam.

"Semoga usaha mereka itu diberkati Allah dan menjadi amalan soleh disisiNya," katanya mengakhiri temubual.

Dato'Ustazah Siti Ashah Ghazali yang kini berusia 51 tahun, dahulunya pernah berkhidmat sebagai seorang guru dan kemudiannya berhenti untuk memberi komitmen sepenuhnya kepada rumahtangga dan parti sebelum beliau berkhidmat sebagai wakil rakyat N33 Merbau Pulas setelah memenangi kerusi berkenaan pada piliharaya ke-12 lalu. Sudah berkahwin dan mempunyai lapan orang anak.

Semoga beliau berjaya mempertahankan kemenangan N33 Merbau Pulas dan seterusnya terus berkhidmat untuk rakyat dengan sebaiknya.
Seluruh muslimat negeri kedah terus memberi sokongan pada kepada beliau.

Takbir..!!.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More