Isnin, 7 Oktober 2013

Muktamar Dewan Muslimat PAS Kedah Kali ke 44.....menggamit anjakan perjuangan......



OLEH : SARINA ISMAIL


KOTA SARANG SEMUT -Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Negeri Kedah kali ke 44 yang diadakan pada 5 Okt lalu menyaksikan tiga jawatan tertinggi tidak dipertandingkan.

YB Dato' Ustazah siti Ashah kekal menerajui Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah untuk sesi 2013/2015 dan Dr Rohani Abdul Mutalib kekal untuk jawatan Timbalan Ketua. Walau bagaimana pun jawatan Naib Ketua telah bertukar dari penyandang dahulu Datin Norlia Abdul kepada Ustazah
Fatimah Wan Teh.


Begitu juga dengan jawatan Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Pemeriksa Kira-kira 1 dan 2 juga menang tanpa bertanding dan menyaksikan penyandang dahulu dikekalkan untuk satu sesi lagi.

Sementara itu Ahli Jawatan Kuasa yang terpilih pada muktamar berkenaan, termasuklah, Datin Dr Rahimah Sahit, Ustazah Mekiah Shamsuddin,Cik Aisyah Don, Puan Sariah Salam, Puan Jamaliah Omar, Puan Sarina Ismail, Puan Zulinda Khamis, Puan Zailah Zakaria, Datin Ranimah Salamon dan Puan Zakiah Baharom.

Seramai 137 orang terdiri dari perwakilan dari 15 kawasan dan saff kepimpinan Dewan Muslimat Negeri, layak mengundi pada hari berkenaan.

Majlis Perasmian Muktamar tersebut menjadi hening seketika dan diselubungi pilu apabila Montaj Khas memperingatan Al-Marhum Ustaz Azizan Abdul Razak dimainkan. Para perwakilan serta pemerhati tidak dapat menahan sebak dengan kehilangannya kerana beliau merupakan seorang pemimpin yang sangat perihatin kepada muslimat.

Selain itu Montaj Jasamu Dikenang juga ditayangkan untuk memperingati Allahyarhamah Cik Tah Bakar, AJK Dewan Muslimat Negeri Kedah yang telah kembali ke rahmatullah sejurus selepas PRU ke-13 yang lalu. Dewan Muslimat Negeri berbesar hati menganugerahkan Anugerah Khas kepada keluarga beliau sebagai mengingati jasanya terhadap Dewan Muslimat.


Dalam ucapan aluan Ketua Dewan Muslimat PAS Kedah, YB Dato' Ustazah Siti Ashah, beliau mengajak semua muslimat jadikan muktamar ini sebagai satu medan bermuhasabah terutama untuk mengatur strategi mendekati pengundi. Muslimat juga disarankan bersatu hati dalam membina ukhuwah dan hindarkan perkara yang boleh membawa perpecahan yang akhirnya merugikan jemaah.

Katanya lagi, apabila Allah beri kita kemenangan, kadang-kadang kita terlupa dan lalai. Sifat-sifat mazmumah yang sebelum itu tidak ujud tetapi mula berakar disanubari, dengki mendengki serta menyalahkan satu sama lain. Allah menangguhkan kemenangan pada pilihanraya yang lalu agar kita bermuhasabah melihat segala kesilapan yang pernah dilakukan.

Jesteru itu beliau mengajak muslimat bersatu membina muslimat yang berwibawa, terus berjuang tanpa mengenal erti kalah. DUN Sungai Limau perlu dipertahankan. Muslimat mesti mempastikan ianya tidak jatuh ke tangan Barisan Nasional kerana pengundi wanita di Dun berkenaan melebihi dari pengundi lelaki.Oleh itu menjadi tanggung jawab yang besar kepada muslimat untuk mempastikan golongan wanita terus mengundi Pakatan Rakyat.

Majlis tersebut dirasmikan oleh PesuruhJaya PAS Kedah, YB Dato Mahfuz Omar, sementara Puan Hjh Aida Yusuf Rawa mewakili Dewan Muslimat PAS Pusat. Kira-kira 500 orang termasuk perwakilan dan pemerhati hadir dalam majlis berkenaan.








0 ulasan:

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More