Ahad, 8 Januari 2012

Perjumpaan Jentera Penerangan PAS Kedah

Wisma Darul Aman, 28 Disember 2011- Khamis

Satu perjumpaan bersama seluruh jentera penerangan PAS Kedah telah diadakan bertempat di Bilik Gerakan, Tingkat 6, blok E, Wisma Darul Aman di sini.

Perjumpaan yang dianjurkan oleh Penerangan Badan Perhubungan PAS Kedah, yang diketuai oleh Saudara Sanusi Md Noor, diadakan bertujuan menghimpun jentera-jentera penerangan di pelbagai peringkat untuk bertukar-tukar fikiran selain mendapat info terkini mengenai perkembangan gerakerja penerangan di peringkat kawasan-kawasan dan dewan-dewan.

Kehadiran yang dianggarkan kira-kira 100 orang itu dihadiri oleh semua wakil penerangan 15 kawasan parlimen disemua peringkat. Setiap ketua penerangan kawasan-kawasan membentangkan gerakerja penerangan masing-masing sementara Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah dan Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah berucap mewakili dewan masing-masing.

Selain itu, hadirin juga didedahkan dengan info-info serta isu-isu terkini oleh Pengarah Urusetia Kerajaan Negeri Kedah, Tuan Haji Zulkifli Yahaya.

Sempena perjumpaan itu, Buku Isu-Isu Kedah turut dilancarkan.





0 ulasan:

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More