Ahad, 18 Disember 2011

Perjumpaan AJK DMP Pusat bersama AJK DMP Negeri Kedah

Pada 16 Disember 2011 yang lalu AJK Dewan Muslimat PAS Pusat telah mengadakan perjumpaan bersama AJK Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah. Perjumpaan dua hala itu turut dihadiri oleh ketua-ketua dan setiausaha Dewan Muslimat Kawasan-kawasan.

Perjumpaan yang bermula seawal pukul 3 petang dan berakhir menjelang maghrib. Antara perkara yang dibincangkan termasuklah perancangan dan persiapan menghadapi pilihanraya ke-13.

Dalam pertemuan itu, Setiausaha Dewan Muslimat PAS Kedah, Ustazah Fatimah Wan Teh turut memberi sedikit laporan perkembangan gerakerja muslimat kedah di samping urusan-urusan berkaitan penerangan.

Perjumpaan yang berlangsung dengan penuh ukhuwah ukhtikum fil-Islam ini InsyaAllah akan menjadi pemangkin kepada gerakerja bersama yang bermatlamatkan menegakkan Islam di bumi Allah ini.

Perjumpaan tersebut diadakan di Markas PAS Pokok Sena. Pada keesokkan harinya, Dewan Muslimat PAS Pusat mengadakan mesyuarat bulanan yang bertempat di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah, Seri Mentaloon.

Admin : YANG PALING BEST...SEMUA AJK DMPNK DAPAT HADIAH SEPASANG BAJU DARI DMPP..TERIMA KASIH DAUN KELADI...LAIN KALI BAGI LAGI....








0 ulasan:

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More