Selasa, 12 Julai 2011

PROGRAM SEMINAR PEMBANGUNAN KELUARGA SAKINAH

Kerajaan Negeri Kedah di bawah port folio YB Ustazah Siti Ashah Ghazali telah mengadakan Seminar Pembangunan Keluarga Sakinah pada 11 Julai bertempat di De Baron Resort,Langkawi.

Antara pengisian yang menarik dalam program tersebut ialah menampil 3 pasangan suami isteri yang mewakili 3 kondisi berbeza berkongsi pengalaman dengan para hadirin. 3 pasangan tersebut ialah Tuan Haji Saman Awang Kecik dan Puan Habsah Rashid mewakili perkahwinan menjangkau 50 tahun, Encik Nasrun Said dan Puan Rozaida Ahmad pasangan unik antara teruna dan ibu tunggal dan Puan Norlela Nayan mendirikan rumahtangga ketika usia masih muda. Slot Pasangan Bahagia Keluarga Sakinah tersebut telah dikendalikan oleh Ustz Faridah Hj Ahmad dari Jabatan Mufti Kedah.

Sementara itu, forum bertajuk " Peranan Individu Dalam Melahirkan Keluarga Sakinah" yang mengutarakan 2 ahli panel iaitu Pro.Madya Datin Noor Azah Hj Mohd Awal dari UKM dan Ustz Maimunah Hj Mohamad dari UUM, berjaya mencuit hati hadirin dengan tips-tips yang menarik dan berguna. Sementara itu, forum tersebut dipengerusi oleh Ust Mohd Isa Abd Rahman dari Jabatan Mufti Kedah.

Program sederhana tetapi meriah tersebut dihadiri kira-kira 600 orang dan dirasmikan oleh Menteri Besar, Kedah.






0 ulasan:

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More