Ahad, 5 Jun 2011

SEKITAR MUKTAMAR DEWAN MUSLIMAT PUSAT KALI KE-51

Selangor, 2 Jun 2011 - Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat kali ke-51 berjalan dengan lancar dan penuh dengan semangat ikhuwah. Majlis berlansung di Dewan SUK, Kerajaan Negeri Selangor seawal 9 pagi hinggalah ianya berakhir pada jam 8 malam.

Pada tahun ini, diadakan pemilihan untuk kepimpinan sesi 2011/2013. Semua perwakilan kawasan negeri-negeri, pimpinan Dewan Muslimat PAS Pusat, ketua-ketua Dewan Muslimat PAS Negeri-negeri ,Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Pemeriksa Kira-kira 1 dan 2 menjalankan tanggungjawab masing-masing untuk memilih pimpinan untuk menerajui penggal yang akan datang.

Dewan Muslimat PAS Kedah tidak ketinggalam menghantar sejumlah 120 perwakilan mewakili 15 kawasan untuk muktamar tersebut. Ucapan penangguhan Dewan Muslimat Negeri Kedah untuk kali ini diwakili oleh Puan Jamaliah Omar yang juga merupakan AJK Dewan Muslimat Negeri Kedah selaku Pengarah Nisa.

Antara intipati ucapan beliau termasuklah mengenai kesatuan fikiran dikalangan pimpinan, wala'dan mempromosikan web-web berkaitan Negeri Kedah untuk mengetahui maklumat mengenai kerajaan negeri.

Dalam pemilihan tahun ini, keputusan menyaksikan YB Siti Zailah telah berjaya mengalahkan Ustazah Nuridah Salleh dengan kelebihan 50 undi sebagai ketua Muslimat PAS Pusat untuk sesi 2011/13. Sementara itu, Timbalan disandang oleh YB Dr Mariah Mahmud dan Naib masih disandang oleh YB Mumtaz.

Sementara itu, Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah turut berbangga kerana YB Siti Ashah Ghazali telah berjaya dipilih sebagai AJK Dewan Muslimat PAS Pusat.

Kepada yang dipilih diucapkan tahniah, kepada yang tidak dipilih, anda tidak kalah kerana perjuangan Islam tidak pernah kalah. InsyaAllah amanah anda untuk ke jawatan lain sedia menanti.

Kepada semua perwakilan dan pemerhati terutama untuk Negeri Kedah, tahniah diucapkan diatas kerjasama dan pengorbanan anda semua menghadiri muktamar kali ini. Semoga usaha yang sedikit ini diberkati Allah.




















0 ulasan:

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More