Ahad, 19 Jun 2011

LAWATAN KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA KE WISMA DARUL AMAN

16 Jun 2011 - Khamis : Wisma Darul Aman terus menjadi lokasi lawatan dari negeri-negeri lain. Kira-kira tiga puluh enam pelajar dan empat orang tenaga pengajar dari Kolej Islam Antarabangsa Sultan Islam Petra (KIAS) telah mengadakan lawatan baru-baru ini ke Wisma Darul Aman.
Lawatan mereka telah disambut oleh kakitangan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah (UPKNKed). Mereka juga telah diberi penerangan mengenai perkembangan kerajaan negeri oleh Pengarah UPKNked), Encik Zulkifli Yahaya di Bilik Mesyuarat, Blok E.
Selain itu, ahli rombongan juga turut mengutarakan soalan mengenai kerajaan negeri terutama mengenai pentadbiran kerajaan negeri setelah mentadbir Kedah lebih dari tiga tahun.
Ahli rombongan turut diberi jamuan tengahari di Seri Mentaloon. Rombongan tersebut diketuai oleh Ustaz Azhari Abd Rahman selaku Pengarah Program. Sementara itu Ustaz Tuan Safwan Tuan Ismail selaku Ketua Penyelaras Program KUIN-KIAS memberi ucapan mewakili rombongan.











0 ulasan:

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More