Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah telah mengadakan mesyuarat pertamanya selepas selesai Muktamar tahunan ke-42 pada minggu lalu.
Antara agenda utama mesyuarat tersebut ialah untuk membentuk exco DMPNK dan pemegang lujnah untuk sesi 2011/13.
Ustazah Fatimah Wan Teh dikekalkan fortfolia sebagai Setiausaha dan Cik Faezah telah dilantik memegang jawantan selaku Penolong Setiausaha.
Bendahari masih mengekalkan yang lalu iaitu Dr Rahimah Sahit.
Sementara itu, Pn Sarina Ismail telah diberi amanah selaku Ketua Penerangan. Sebelum ini beliau memegang fortfolio selaku setiausaha penerangan. Dr Rohani Mutalib selaku Ketua Penerangan sesi yang lepas telah menang tanpa bertanding untuk jawatan Timbalan ketua Muslimat.
Untuk Lujnah Kebajikan, Pn Zakiah Baharom juga turut dikekalkan untuk menerajui lujnah tersebut.
Lujnah NGO diamanahkan kepada Pn Zulinda Khamis dan Lujnah Tarbiyyah dan Kepimpinan juga turut mengekalkan Ustazah Mekiah Shamsudin sebagai penerajunya.
Pengarah Nisa masih dipegang oleh Pn Jamaliah Omar.
Sementara itu untuk jawatan Pengarah Pilihanraya, DMPNK mencadangkan Sdr Aisyah Don.
Dalam mesyuarat pertama tersebut, 9 orang ajk tambahan turut dilantik yang terdiri dari ketua-ketua muslimat kawasan. Langkah sedemikian diambil untuk memudahkan sesuatu maklumat dan tindakan segera sampai ke kawasan-kawasan.
sumbangan banjir
9 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan