Menjelang pilihanraya ke-13 yang akan datang, pihak UMNO/BN akan cuba melakukan pelbagai perkara demi menawan semula negeri kedah dari Pakatan Rakyat. Pelbagai perkara yang akan ditimbulkan demi mengelirukan rakyat dengan harapan rakyat beralih memilih mereka semula menerajui Kedah.
Satu cara yang mereka lakukan sekarang ini dengan cuba mengorek maklumat Exco-exco Kedah , wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat dari sumber-sumber yang boleh mereka perolehi. Mereka menggunakan khidmat SB ( sedia berkhidmat ) untuk mencapai niat mereka.
Antara serangan yang dapat dihidu oleh sebahagian aktivis parti buat masa sekarang ialah dengan mengaitkan exco-exco dengan perkara-perkara yang tidak bermoral dengan harapan agar rakyat hilang kepercayaan terhadap pmpinan Kedah sekarang khususnya pimpinan Pakatan Rakyat Kedah.
Satu-satunya exco wanita di dalam kerajaan negeri kedah juga tidak ketinggalam diintip oleh penyangak-penyangak SB dan cuba mencungkil berita-berita mengenainya sehinggakan hal-hal peribadi juga cuba dikorek untuk dijadikan bahan serangan.
kepada ahli PAS khususnya muslimat , janganlah cepat melatah apabila mendengar sesuatu yang tidak baik mengenai pimpinan PAS amnya dan pimpinan negeri kedah khususnya, sebaliknya gunakan kebijaksaan yang ada untuk bertanya kembali kepada pembawa berita akan kesahihan berita tersebut. Jangan terus percaya dan seterusnya menjadi talian hayat pembawa berita tersebut kemerata channel radio dan TV.
Semoga Allah melindungi kita semua dari fitnah yang boleh merosakkan jemaah..
Takkan nak tunggu jambatan keretapi roboh - Zailah
10 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan