Walau pun hujan turun tidak berhenti-henti bermula dari hari penamaan calon hinggalah ke hari pengundi namun sedikit pun tidak melemahkan petugas-petugas muslimat Kedah meneruskan kerja-kerja juang mereka untuk mendekati pengundi-pengundi Dun Tenang. Antara petugas-petugas mulimat tersebut datang dari seluruh negeri kedah iaitu dari kawasan Kuala Kedah, Padang Serai , Jerlun , Pendang, Kulim Bandar Baru dan Baling. Pn Zulinda Khamis, Ajk Dmpnk diberi amanah sebagai ketua kontijen muslimat kedah. Sementara itu Pn Fatimah Wan Teh, SU Dmpnk, Pn Sarina Ismail, SU penerangan Dmpnk dan Sdri Wan Anisah Chang, bekas aktivis mahasiswi USM turut bersama berkampung menyumbangkan tenaga. Yb Hjh Siti Aisyah Hj Ghazali, Exco Hal Ehwal Wanita dan kebajikan negeri kedah juga merangkap ketua Dmpnk turut bersama-sama petugas-petugas muslimat memberi sokongan moral.
Tahniah kepada semua yang terlibat secara lansung mahu pun tidak lansung. Hanya Allah jua yang membalasnya.
LAWAN TETAP LAWAN. ...... KALAH MENANG URUSAN ALLAH....
sumbangan banjir
9 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan