Selasa, 28 Februari 2012

Muslimat PAS Kedah optimis pertahankan kemenangan PR Kedah

Alor Setar : Kompleks PAS Kedah

Kira-kira 3 ribu muslimat seluruh Negeri Kedah berhimpun melahirkan sokongan padu mereka mempertahankan kemenangan Pakatan Rakyat Kedah.

Majlis Ijtimak Tarbawi Dan Halwa Kedah dimulakan dengan solat hajat serta munajat yang dipimpin oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Kedah, YB Dato' Ustazah Siti Ashah Ghazali.

Sederhana tapi meriah, majlis dirasmikan oleh Peseruhjaya PAS Kedah, YAB Dato'Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak.Dalam ucapannya, beliau mengharapkan keikhlasan dan ketelusan dalam gerakerja mempertahankan kemenangan dan paling penting kerja yang tersusn serta perancangan yang kemas. Beliau turut berbangga dengan komitmen muslimat terhadap PAS yang tidak pernah jemu serta tidak kenal penat lelah, sanggup mengharungi kepayahan sejak dahulu sehingga sekarang. Muslimat juga katanya jarang sesekali meminta-minta walau pun penjana kepada kemenangan Pakatan Rakyat di Kedah datangnya dari muslimat.

Sebagai pemantapan untuk mengharungi tribulasi perjuangan yang semakin mencabar, muslimat dihidangkan dengan pembentangan kertas kerja oleh AJK Dewan Ulama PAS Negeri Kedah, Ustaz Yusuf. Dalam pembentangan tersebut, pelbagai saranan serta motivasi dihidangkan kepada muslimat untuk dijadikan pemangkin meneruskan gerakerja.

Pada sebelah petangnya pula, muslimat dicuitkan dengan lakonan spontan mengenai isu-isu perkembangan kerajaan negeri Kedah. Dalam slot tersebut, pengetahuan muslimat diuji samada mereka peka atau tidak dengan info-info serta isu-isu terkini samada berkaitan kerajaan negeri, PAS mahu pun UMNO/BN.

Secara keseluruhannya, program berkenaan dapat mencuit hati muslimat selain menjadi pencetus semangat untuk bekerja dengan penuh semangat menghadapi pilihanraya ke-13.

Tahniah kepada Dewan Muslimat Negeri.

Ditulis oleh : SARINA ISMAIL. Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Kedah.







0 ulasan:

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More